Friday, February 12

Genap Setahun Pemergiannya.....

Tanggal 12 Februari 2015, perginya seorang insan yang digelar Murabbi Ummah.. Seorang yang tawadhu, berilmu, bertakwa & istiqamah sepanjang perjuangannya. Beliau adalah Almarhum Tuan Guru Mursyid Nik Abdul Aziz bin Nik Mat رحمه الله تعالى.. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh, muttaqin & para anbiya'.. Allahumma aamin..


Al-Fatihah....





Apabila pemimpin negara meninggal dunia, dia hanya meninggalkan nama & pangkat..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, dia meninggalkan anak murid yg ramai & ilmu yg berharga..

Apabila pemimpin negara meninggal dunia, seluruh angkatan tentera dikerahkan utk mengiringi jenazahnya..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, para malaikat Allah 'Azza Wajalla & ratusan jutaan manusia mengiringi disisi jenazahnya..

Apabila pemimpin negara meninggal dunia, seumpama Patah Tumbuh, Hilang Berganti..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, seumpama PATAH PAYAH NAK TUMBUH, HILANG PAYAH NAK BERGANTI..

Kalam daripada Almarhum Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat رحمه الله تعالى, "Atas dunia ni kita hanyalah hamba. Selepas dunia ni ada pula mati. Persediaan untuk mati ni tidak pernah diajar oleh sekular dan demokrasi, ia hanya disebut oleh Islam. Sedangkan mati ini ialah komponen kepada hidup, sebagaimana pagi merupakan komponen kepada petang. Justeru, nak lakukan persediaan untuk mati inilah manusia perlu merujuk kepada Islam.

Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasik tidak dibawa untuk dimakan dan air tidak dibawa untuk diminum. Gelaran Dato', Tok Guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia lagi kita sudah melawan Baginda?" Pesanan khas untuk diri sendiri..



Al-Fatihah 💚💐


#rindualmarhumtokguru
#berpeluangsolatjenazahuntukbeliau
Credit to DPP Shah Alam

No comments:

Post a Comment