Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
"Adakah kamu menyangkabahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu? ) dan kamu (menyagka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? " ( Al-Mu'minun:115)
Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya.
Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Ukhwah, Salam Cinta ;)
Alhamdulillah kita tlah pun masuk tahun baru masihi, so dgn tahun baru ini, marilah kita membina azam yg bau agr kehidupan kita pd thun ini akn berjaya disamping mndapat keredhaan Allah. Aq tlah memilh tjuk "Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah" adalah krana Aq sndiri tlah bnyk memikul tnggungjawab yg diamanahkn kpd aq.
Kita sbg hamba Allah dmuka bumi ini, mmg tdk akan terlepas drpd memikul amanah n tanggungjawab yang dberikn kpd kita. Kita prlu ingt bahawa setiap manusia yg diciptakan di muka bumi Allah ini ada tugas n tanggungjawab yg prlu dpikul. Aq sndiri tlah merasai situasi ini sekarang, dmana ana tlah damanahkan dlm beberapa organisasi d kampus aq sndiri. Aq trima n pikul sume tnggungjawab ini sume gan redha, aq yakin jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kita :) Seperti yang telah difirmankan oleh Allah yg bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad:7)
Aq tahu, msti sahabat2 akn memikirkn bagaimana mau mmbahagikn masa study gan mase tuk lakukan sume tugas2 yg tlah dberikan kpd kita kn..... Bg aq kita perlu mrncang sume jadual waktu kita gan baik, agr tidak akn berlaku kecelaruan dalam mas dan tugas. Aq tahu, mmg susa bg kita sbg seorng student utk melakukan ini sume, tp dr cinilah kita belajar tuk memegang amanah yg telah damanahkan kpd kita. Ia juga memberi kita pengalamn agr pabila kita brada diluar, kita boleh berdepan gan cabaran n dugaan yg bkl kita tempuhi.
Allah pernah berfirman,
Maksudnya :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:
Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah
Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan
menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan
memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (Al-Baqarah:30)
Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih
oleh Allah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia
merupakan makhluk yang paling istimewa.Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada
Allah secara khususnya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan
kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut:
1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada
Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang sempurna.
2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah,
memelihara serta mengawal agama Allah serta ajaran Allah SWT.
3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini,
manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan
menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta
meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan
amar makruf serta mencegah kemungkaran.
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran:
104)
Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas
dan menyeluruh dan dapat memberi kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat
mewujudkan manusia yang faham akan tanggungjawab dan menjadi manusia yang
bertanggungjawab.
4. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil
Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:
i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti
yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan
ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman
musuh.
ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan
meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan
kemasyarakatan dan kenegaraan.
5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga
daripada masuk ke dalam neraka.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala).
Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang
diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)
Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib
dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah. Seterusnya
ia mestilah kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali kepada beriman dan
beramal soleh. Oleh itu ana mau bpsan kpd sahabat2 agr tidk mngeluh n merungut gan sume amanah n tanggungjawab yg telah dberikan kpd kita. InsyaAllah segala urusan yg kita lakukan akan mndapat keredhaan Allah :)
syukron atas ya atas perkongsian 2..:)
ReplyDelete