Monday, December 19

Gaji RM3,000 Pun Kau Boleh Beli 4 Buah Rumah.

Assalamualaikum....
Hihihi

Kali ni nak paking je post pasl beli rumah. Kena ada target nak beli rumah.
Copy and Update by 19 Disember 2016.

Sekadar copy pic je dari SAYS.COM




















#Parking sini dulu, nanti tgk balik. Hehehe

Wednesday, August 17

Perihal TAK SOLAT

Assalamualaikum semua....
Entri kali ini merupakan pengalaman aku selama hidup hingga hari ini...
Maaf, da lama x update blog ni.

Aku tidak terkejut pun bila mana adik aku bercerita perihal roomate sebilik dia Tak Solat. Malah aku pernah kenal dan berkawan dengan orang yang Tak Solat juga.

Ramai orang yang aku kenal tak kira time belajar dulu mahupun di alam kerja sekarang ramai yang stil endah tak endah perihal Solat ini.


Ada yang gaji ribu2, tetap Tak Solat.
Ada yang sudah kahwin anak 3, tetap Tak Solat.
Ada yang berjaya sampai habis degree skalipun, tetap Tak Solat.
Ada yang mempunyai bisnes yang nilainya juta2, tetap Tak Solat.
Ada yang bekerja dalam sektor yang bahaya pun, tetap Tak Solat.
Ada pengalaman aku berjumpa dengan satu keluarga ini, SATU KELUARGA tersebut TAK SOLAT. Allahu......
Ada lagi dasyat yang aku pernah jumpa, seorang lelaki yang alami strok separuh badan, tetap Tak Solat, malah still menghisap rokok.

Aku tak perfect mana pun dalam perihal SOLAT ini. Masih lagi perbaiki dan mendalami ilmu2 Solat ini. Cuma aku ada teringat dengan pesanan seorang ustaz ini, "SOLATLAH kamu dalam apa keadaan sekalipun, mahupun kamu melakukan dosa". Aku pegang betol2 pesanan ustaz ni.

Akhir zaman ni betul apa yang dikatakan oleh satu hadis, Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing...."



Hanya satu yang aku takut, bila mana parents zaman sekarang Tak Solat, mana mungkin anak2 mereka sekarang akan Solat.

Cuba renung2kan.......

p/s: Hanya pengalaman drpd Insan yang lemah.

Saturday, March 12

Our Destini TeamBuilding

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah uolss….

Actually lama dah nak crita pasal part story ni, malangnya gambau baru dapat. Hehehe
This time story is Our Destini TeamBuilding!!!!  YESZ, mesti ade yg tertanya2 yg aku ni da tukar job ke kn??? Hahaha…. EXACTLY, Yes men, I get a new job ;)  Now aku sebahagian drpd keluarga Destini Berhad. (Kalau nk tau psl job bru aku ni, lain entri nnt aku share kn :P )

19 hingga 21 Februari 2016 aku & team terpilih dgn “redha” ke Teambuliding tersebut. Hahaha… Kteorg  “dipenjarakan” di Hawa Resort Janda Baik, Pahang.  Janda Baik tu bak hang!!!
Semua department & anak syarikat yg terpilih berkumpul bersama disana.  Its so awesome!!! Mmg ramai la staff yg aku jumpa, yg x kenal pon ade, maklumla aku ni kn staff & new member dlm Destini ni.

Okay la. Lets move to our story this time. 

Prog kami ni di handle oleh Team Succes Touch yang diketuai oleh Tuan Faizul yg merupakan sifu kpd aku juga dlm bidang perunding & latihan :D  Prog slama 3hari 2mlm tu digerakkn dlm kumpulan, dimana aku ditakdirkan bersama2 dlm kumpulan 5. Dlm grup ni smua otai kowt, hahaha.
My Team (X cukup sorang ni)

So, antara objektif yg our Chairman mau kn adalah seperti berikut:- (mcm formal la plak, haha)
  • Attitude dlm kerja, mesti mau mantop n perfect. (Nuture Trust penting!!)
  • Wujudkan budaya kerja dalam “best environment” which is selitkan adab2 ikut agama dan sunnah.
  •    Strategy setiap department & anak2 syarikat utk bantu dlm upkan sale.
  •   Sale company WAJIB naik drpd target tahun lepas.
  •   Perbanyakkan lagi “sayap2” syarikat
  •   Hadapi cabaran yg mendatang dgn “cool”


So, itulah antra objekif yg aku tau la. So, dlm prog ni mcm2 xtvt yg consultant create utk kteorng. LDK, explorace, war game, lastik shoot, ninja assassin n byk lgi la. Yg penting semua best2, dan pling best mlm last kteorg ada BBQ, & so awesome lagi ade kambing bakor 2 ekor bak hang.

Our Team 4 War Game

My Team ready to action!!!
Our opponent team 4 war game
Otai2 Destini



Amacam??? Ada berani?
My Destini Family
We are superman!!!
Pic with our Chaiman, Tan Sri Dato Sri Rodzali Daud
Hahaha :P
Abaikan keslahan ejaan tu. hahaha

Pengalaman paling bermakna wat aku. Sempoi2 smua walaupon ada yg da "otai" hahaha. terima kasih smua. Jumpa lagi utk next TeamBuilding, (dgr kata kt Langkawi) hehehe

Thank to my team.
 (Faizah junior, Kak Faiezah, Kak Yan, Faris, En. Salleh  ,Syed Hensem, Shafiq, Wak, Mejar Tarmizi)

Sunday, February 28

Pencuri Masuk Tak Boleh Keluar

Assalamualaikum semua.
Semoga pembaca2 semua sihat hendakNYA.

This time I want to share something.....

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.


👳 DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)

Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua. 
Aamiiin...

#rumahidaman_InsyaAllah

Thursday, February 25

Why??? Sebab itu adalah QAILULLAH




Ustaz, saya nak tanya... kenapa 15 minit sebelum zohor kita tak boleh solat?? Kenapa ustaz?? Mengapa ustaz??


JAWABNYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - Ilmu Perubatan Islam

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti berkah.

*************************************************************************

Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah."

Monday, February 22

Nuture TRUST

Assalamualaikum dan Salam Sejahter uolssss...

Lama noh dah x update blog ni. Sibok skit lately ni. Hihihi
Kli ni nk share something about "TRUST"

Susah untuk diungkap dan ditafsirkan bagi siapa yang memahami maksud disebalik dua perkataan ini. Namun percayalah, ianya berkait dengan diri dan orang sekeliling anda. Fokuskan pada "TRUST" nescaya ianya akan automatik ada naik(meninggi) dan turun(menghilang) percaya kita pada orang lain hatta sekalipon sahabat yang paling rapat dengan kita mahupuan adik beradik kita sendiri.

Contoh mudah, kita ambil situasi sahabat kita mahu meminjam wang daripada kita. Apa 1st thing yang kita akan fikir dalam kepala otak kita ni??? Ofcoz, boleh ke sidia(peminjam) itu membayar balik pinjaman wang tersebut??? Mesti kita akan berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjaman tersebut kan. So, itula Nuture Trust.


Nuture Trust ini amat penting dalam semua aspek terutama "Organisasi", "Persahabatan", "Perhubungan" serta lain-lain.

Bagi saya sendiri, "Nuture Trust" ini amat penting bagi diri saya, dan ia telah menjadi prinsip hidup saya.

Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, dan rasa-rasa anda telah merendahkan nilai "Trust" saya ini, bukan mudah lagi saya hendak membina nilai "Trust" itu terhadap anda.


#TeamBuildingDestini
#JandaBaik
#19-21Feb2016
~Syed Syahmi
~10.51am/22Feb2016






Friday, February 12

Genap Setahun Pemergiannya.....

Tanggal 12 Februari 2015, perginya seorang insan yang digelar Murabbi Ummah.. Seorang yang tawadhu, berilmu, bertakwa & istiqamah sepanjang perjuangannya. Beliau adalah Almarhum Tuan Guru Mursyid Nik Abdul Aziz bin Nik Mat رحمه الله تعالى.. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh, muttaqin & para anbiya'.. Allahumma aamin..


Al-Fatihah....





Apabila pemimpin negara meninggal dunia, dia hanya meninggalkan nama & pangkat..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, dia meninggalkan anak murid yg ramai & ilmu yg berharga..

Apabila pemimpin negara meninggal dunia, seluruh angkatan tentera dikerahkan utk mengiringi jenazahnya..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, para malaikat Allah 'Azza Wajalla & ratusan jutaan manusia mengiringi disisi jenazahnya..

Apabila pemimpin negara meninggal dunia, seumpama Patah Tumbuh, Hilang Berganti..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, seumpama PATAH PAYAH NAK TUMBUH, HILANG PAYAH NAK BERGANTI..

Kalam daripada Almarhum Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat رحمه الله تعالى, "Atas dunia ni kita hanyalah hamba. Selepas dunia ni ada pula mati. Persediaan untuk mati ni tidak pernah diajar oleh sekular dan demokrasi, ia hanya disebut oleh Islam. Sedangkan mati ini ialah komponen kepada hidup, sebagaimana pagi merupakan komponen kepada petang. Justeru, nak lakukan persediaan untuk mati inilah manusia perlu merujuk kepada Islam.

Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasik tidak dibawa untuk dimakan dan air tidak dibawa untuk diminum. Gelaran Dato', Tok Guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia lagi kita sudah melawan Baginda?" Pesanan khas untuk diri sendiri..



Al-Fatihah 💚💐


#rindualmarhumtokguru
#berpeluangsolatjenazahuntukbeliau
Credit to DPP Shah Alam

Saturday, January 2

2016 dah???

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2016



Berhabuk dah blog aku ni. Maklumla, sibok skit sejak start kije ni :P Sampai nk ON laptop pun xdetime oii. Keje ape ye sampai yg sibok sangat tu?? Hehe. Keje la.
Tapi, now aku retired da dari kerja tu. Now I will join new company for my platform for this new year!!!! Hehe

So???
Welcome 2016!!! Hopefully this year can achiev all my targets for "2016 Targets".InsyaAllah
Kalo nak ceta apa target2 aku tu byk. So x payah ceta la. Nanti once aku da achive salah satu target tu, aku share dlm blog aku ni. InsyaAllah.... (Korang kena la peringat aku ya, tkot2 nk ending year nnt, satu pon aku x ceta. HAhaha)

Hopefully korang smua pon ade target masing2 kn. X kira la dari segi pa pon. (Ibadat,ekonomi,pendidikan, dan lain2 lagi la.) Kalo bab2 nk "bina Masjid" ni, bagi aku lambat lagi. Hehehe. Calon lom jumpa la wei. Tkot2 ajal yg jemput aku dlu. Pa2 pon doa jala utk aku ya agar smua nye baik2. Peace no war. hahahah

SO. Gudluck uolsss!!! See uolss next entri.