Sunday, February 28

Pencuri Masuk Tak Boleh Keluar

Assalamualaikum semua.
Semoga pembaca2 semua sihat hendakNYA.

This time I want to share something.....

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.


👳 DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)

Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua. 
Aamiiin...

#rumahidaman_InsyaAllah

Thursday, February 25

Why??? Sebab itu adalah QAILULLAH




Ustaz, saya nak tanya... kenapa 15 minit sebelum zohor kita tak boleh solat?? Kenapa ustaz?? Mengapa ustaz??


JAWABNYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - Ilmu Perubatan Islam

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti berkah.

*************************************************************************

Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah."

Monday, February 22

Nuture TRUST

Assalamualaikum dan Salam Sejahter uolssss...

Lama noh dah x update blog ni. Sibok skit lately ni. Hihihi
Kli ni nk share something about "TRUST"

Susah untuk diungkap dan ditafsirkan bagi siapa yang memahami maksud disebalik dua perkataan ini. Namun percayalah, ianya berkait dengan diri dan orang sekeliling anda. Fokuskan pada "TRUST" nescaya ianya akan automatik ada naik(meninggi) dan turun(menghilang) percaya kita pada orang lain hatta sekalipon sahabat yang paling rapat dengan kita mahupuan adik beradik kita sendiri.

Contoh mudah, kita ambil situasi sahabat kita mahu meminjam wang daripada kita. Apa 1st thing yang kita akan fikir dalam kepala otak kita ni??? Ofcoz, boleh ke sidia(peminjam) itu membayar balik pinjaman wang tersebut??? Mesti kita akan berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjaman tersebut kan. So, itula Nuture Trust.


Nuture Trust ini amat penting dalam semua aspek terutama "Organisasi", "Persahabatan", "Perhubungan" serta lain-lain.

Bagi saya sendiri, "Nuture Trust" ini amat penting bagi diri saya, dan ia telah menjadi prinsip hidup saya.

Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, dan rasa-rasa anda telah merendahkan nilai "Trust" saya ini, bukan mudah lagi saya hendak membina nilai "Trust" itu terhadap anda.


#TeamBuildingDestini
#JandaBaik
#19-21Feb2016
~Syed Syahmi
~10.51am/22Feb2016






Friday, February 12

Genap Setahun Pemergiannya.....

Tanggal 12 Februari 2015, perginya seorang insan yang digelar Murabbi Ummah.. Seorang yang tawadhu, berilmu, bertakwa & istiqamah sepanjang perjuangannya. Beliau adalah Almarhum Tuan Guru Mursyid Nik Abdul Aziz bin Nik Mat رحمه الله تعالى.. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh, muttaqin & para anbiya'.. Allahumma aamin..


Al-Fatihah....





Apabila pemimpin negara meninggal dunia, dia hanya meninggalkan nama & pangkat..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, dia meninggalkan anak murid yg ramai & ilmu yg berharga..

Apabila pemimpin negara meninggal dunia, seluruh angkatan tentera dikerahkan utk mengiringi jenazahnya..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, para malaikat Allah 'Azza Wajalla & ratusan jutaan manusia mengiringi disisi jenazahnya..

Apabila pemimpin negara meninggal dunia, seumpama Patah Tumbuh, Hilang Berganti..

Apabila 'alim ulama' meninggal dunia, seumpama PATAH PAYAH NAK TUMBUH, HILANG PAYAH NAK BERGANTI..

Kalam daripada Almarhum Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat رحمه الله تعالى, "Atas dunia ni kita hanyalah hamba. Selepas dunia ni ada pula mati. Persediaan untuk mati ni tidak pernah diajar oleh sekular dan demokrasi, ia hanya disebut oleh Islam. Sedangkan mati ini ialah komponen kepada hidup, sebagaimana pagi merupakan komponen kepada petang. Justeru, nak lakukan persediaan untuk mati inilah manusia perlu merujuk kepada Islam.

Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasik tidak dibawa untuk dimakan dan air tidak dibawa untuk diminum. Gelaran Dato', Tok Guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia lagi kita sudah melawan Baginda?" Pesanan khas untuk diri sendiri..



Al-Fatihah 💚💐


#rindualmarhumtokguru
#berpeluangsolatjenazahuntukbeliau
Credit to DPP Shah Alam