Tuesday, September 30

Pembaca Doa


Assalamualaikum... Salam Final Projek...
Hihihi

Baru2 ini aku telah diminta oleh salah seorang pensyarah di kampus aku untuk membacakan doa Majlis Perasmian Persembahan Projek Akhir untuk Jabatan aku.

Aku pun terpinga2 lah mencari doa yang sesuai untuk majlis tersebut. Mula2 aku mencari dalam external kesayangan aku, namun tidak sesuai juga untuk majlis tersebut. Huhu...
Last2 skali aku minx bantuan Ustat Google la.. Hihi. Search punye search, aku terjumpa doa ni dlm satu blog hamba Allah ni...



بسم الله الرّحمن الرّحيم


الحمد لله ربّ العالمين , والصّلاة والسّلام على سيّدنا محمّد و على اله و أصحابه أجمعين


Ya Allah Ya Tuhan Kami,Dengan sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu, pada hari/pagi/petang/malam yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan Persembahan Projek Akhir Semester 6 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, kami sekalian hamba-Mu Ya Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai Keredhaan-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya.Ampunilah dosa kesalahan kami. Kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang berbilang kaum ini.



Ya Rahmanu Ya Rahim,
Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami. Dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. 


Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kurniakanlah kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami, pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya Allah, hadiahkanlah buat kedua ibu bapa kami, anugerah umur yang panjang, agar kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu, masih mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, Engkau kurniakanlah umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk membalas segala belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk menghadiahkan kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. Semoga dengan kejayaan ini, kami mampu melihat senyuman kebanggaan yang terukir di bibir mulus mereka. Ya Allah, betapa indahnya senyuman ibu dan ayah, insan yang tidak pernah jemu dalam mendidik kami itu. Ibu, Mama, Ummi, Ayah, Abah, Papa dan Abi; Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami sentiasa merindui serta menyayangimu.


اللهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا , وَتَفَرّقَََنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقا مَعْصُوْمًا , وَ لاَ تَجْعَلِ اللهُمَّ فِيْنَا وَ لاَ مَعَنَا وَ لاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقيًّا وَ لاَ 
مَطْرُودًا وَ لاَ مَحْرُوْمًا.
اللهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أعْمَاِرنَا ءَاخِرُهْ وَ خَيْرَ أعْمَالِنَا خَوَاتِمُه وَ خَيْر أياّمِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْه
اللهُمّ اغْفِرْلَنَا ذنوْبَنَا وَلأِخْوَانِنَا الذِيْنَِ سَبَقونَا بِالأِيْمَان وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قلُوبنَا غِلاًّ لِلذِيْنَ ءَامَنُو رَبَنَا اِنَّكَ رَءُوْفُ رَّحِيْم
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنه و في الاخرة حسنه و قنا عذاب النار
و صلىّ الله على سيّدنا محمّد و على ءاله و صحبه و سلم , والحمد لله ربّ العالمين







Aku pun xtau knape dlm rmai2 org, mesti aku juga yg depa pilih utk bc doa. Ya, aku akui selama ni kalo ade majlis2 dlm kampus aku diundang utk membacakan doa. Mayb Allah yg telah mgatur smua ni. Alhamdulillah....
Kata nk jd "pemimpin keluarga" sokena lah pimpin ummah dulu. Eh, ade kaitan ke???
hahaha

1 comment: