Monday, September 1

MerDeka Kah Kita???

Merdeka kah kita???

Diri ini berasa amat kesal dengan anak-anak remaa zaman sekarang terutama anak-anak remaja perempuan. Sedar atau pun tidak, kita telah hampir kepada kiamat. Sambutan merdeka baru2 ini telah digemparkan dengan berita2 anak remaj kita semakin hanyut dalam lembah kemaksiatan serta dosa. Nauzubillah min zalik...

Amat berani lagi anak2 muda sekarang melakukan maksiat secara terang-terangan dan amat memalukan ada dikalangan mereka langsung tidak berasa segan atau malu sehingga berani meng'upload' "Gambar Merdeka" mereka di media2 sosial.

Dimanakah erti kemerdekaan sebenar dalam diri kita???
Apakan tidak cukup dengan musibah yang berlaku keatas nagara kita???
Adakah kita perlu balasan seperti Tsunami Acheh baru kita semua akan sedar...

Bangkit sahabat2...
Bangun dari tidur yang lena..
Sekarang bukan masa untuk kita berehat.

Ayuh sahabat2, kita adalam UMAT yang diperTANGGUNGJAWAB untuk memperbetulkan keadaan sekarang. Masih belum terlambat untuk kita mengubahnya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (Surah Ar-Ra'd,11)

~Jiwa Yang Betul-Betul Merdeka Sahaja Mampu Membebeaskan Nadi Ummah~




No comments:

Post a Comment