Tuesday, September 30

Pembaca Doa


Assalamualaikum... Salam Final Projek...
Hihihi

Baru2 ini aku telah diminta oleh salah seorang pensyarah di kampus aku untuk membacakan doa Majlis Perasmian Persembahan Projek Akhir untuk Jabatan aku.

Aku pun terpinga2 lah mencari doa yang sesuai untuk majlis tersebut. Mula2 aku mencari dalam external kesayangan aku, namun tidak sesuai juga untuk majlis tersebut. Huhu...
Last2 skali aku minx bantuan Ustat Google la.. Hihi. Search punye search, aku terjumpa doa ni dlm satu blog hamba Allah ni...



بسم الله الرّحمن الرّحيم


الحمد لله ربّ العالمين , والصّلاة والسّلام على سيّدنا محمّد و على اله و أصحابه أجمعين


Ya Allah Ya Tuhan Kami,Dengan sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu, pada hari/pagi/petang/malam yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan Persembahan Projek Akhir Semester 6 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, kami sekalian hamba-Mu Ya Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai Keredhaan-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya.Ampunilah dosa kesalahan kami. Kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang berbilang kaum ini.



Ya Rahmanu Ya Rahim,
Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami. Dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. 


Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kurniakanlah kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami, pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya Allah, hadiahkanlah buat kedua ibu bapa kami, anugerah umur yang panjang, agar kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu, masih mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, Engkau kurniakanlah umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk membalas segala belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk menghadiahkan kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. Semoga dengan kejayaan ini, kami mampu melihat senyuman kebanggaan yang terukir di bibir mulus mereka. Ya Allah, betapa indahnya senyuman ibu dan ayah, insan yang tidak pernah jemu dalam mendidik kami itu. Ibu, Mama, Ummi, Ayah, Abah, Papa dan Abi; Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami sentiasa merindui serta menyayangimu.


اللهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا , وَتَفَرّقَََنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقا مَعْصُوْمًا , وَ لاَ تَجْعَلِ اللهُمَّ فِيْنَا وَ لاَ مَعَنَا وَ لاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقيًّا وَ لاَ 
مَطْرُودًا وَ لاَ مَحْرُوْمًا.
اللهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أعْمَاِرنَا ءَاخِرُهْ وَ خَيْرَ أعْمَالِنَا خَوَاتِمُه وَ خَيْر أياّمِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْه
اللهُمّ اغْفِرْلَنَا ذنوْبَنَا وَلأِخْوَانِنَا الذِيْنَِ سَبَقونَا بِالأِيْمَان وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قلُوبنَا غِلاًّ لِلذِيْنَ ءَامَنُو رَبَنَا اِنَّكَ رَءُوْفُ رَّحِيْم
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنه و في الاخرة حسنه و قنا عذاب النار
و صلىّ الله على سيّدنا محمّد و على ءاله و صحبه و سلم , والحمد لله ربّ العالمين







Aku pun xtau knape dlm rmai2 org, mesti aku juga yg depa pilih utk bc doa. Ya, aku akui selama ni kalo ade majlis2 dlm kampus aku diundang utk membacakan doa. Mayb Allah yg telah mgatur smua ni. Alhamdulillah....
Kata nk jd "pemimpin keluarga" sokena lah pimpin ummah dulu. Eh, ade kaitan ke???
hahaha

Tuesday, September 16

Disini Lahirnya Sebuah Cinta....

Assalamualaikum....
Salam kemerdekaan..
Salam Satu Akidah!!!

Disini Lahirnya Sebuah Cinta...
Hahaha... Mcm2 crita yg ada dgn tajuk kali ini. 
Ya, mmg tjuk ni ade kaitan dgn tema kemerdekaan negara kita, tetapi disebalik tjuk itulah mcm2 yg berlku selama seminggu sblom berlangsung nya Forum Perdana Rakan Pusat Islam Polimas...


Hakikatnya... Kertas Kerja forum ini baru diluluskan pada pagi hari kejadian. Pewh!!! Mmg x terkatala dy punya nikmat syukur tu. Alhamdulillah... Syukur sgt2 kpd Allah....
Mcm2 dugaan yg aq n member aq hadapi. Dlm seminggu tu setiap hr berulang ke pentadbiran... Haha..
Sebab pa?? Sebab ada je yg x kena dgn ketas keje tu. Biase le, kalo program2 camni mmg susa nk lulus..
 Tapi akhirnya.... Tercipta juga Forum Disini LAhirnya Sebuah Cinta... Hihi
Dari segi ahli panel pulak, alhamdulillah Allah permudahkan urusan tersebut. Kedua ahli panel sporting ketika aq berhubung dgn mereka. Mmg awesome la kn...

Akhirnya, ni la program terakhir aq seblom nk final exam semester ni. Mmg aq agk rsa tertekan dgn program terakhir ni. Tp aq hadam bnda ni smua dgn chill. Syukron jgk kpd member baik aq sorang tu, sntiasa ad bersama aq time tertekan cmtu. Btw, alhamdulillah sepanjang Forum berlangsung smua smooth, Timb Pengarah Sokongan Akademik pon turun kot.. mmg terbaiikkk!!!

Tahniah2. Hihi

Barisan Moderator dan Ahli Panel

Kenangan bersama Ahli Panel n Moderator.




Terima Kasih kpd smua yg sma2 mnjayakn program forum pd mlm td.
Takbir!!!!

Untuk melihat foto ketika Forum berlangsung sila klik disini



Monday, September 1

MerDeka Kah Kita???

Merdeka kah kita???

Diri ini berasa amat kesal dengan anak-anak remaa zaman sekarang terutama anak-anak remaja perempuan. Sedar atau pun tidak, kita telah hampir kepada kiamat. Sambutan merdeka baru2 ini telah digemparkan dengan berita2 anak remaj kita semakin hanyut dalam lembah kemaksiatan serta dosa. Nauzubillah min zalik...

Amat berani lagi anak2 muda sekarang melakukan maksiat secara terang-terangan dan amat memalukan ada dikalangan mereka langsung tidak berasa segan atau malu sehingga berani meng'upload' "Gambar Merdeka" mereka di media2 sosial.

Dimanakah erti kemerdekaan sebenar dalam diri kita???
Apakan tidak cukup dengan musibah yang berlaku keatas nagara kita???
Adakah kita perlu balasan seperti Tsunami Acheh baru kita semua akan sedar...

Bangkit sahabat2...
Bangun dari tidur yang lena..
Sekarang bukan masa untuk kita berehat.

Ayuh sahabat2, kita adalam UMAT yang diperTANGGUNGJAWAB untuk memperbetulkan keadaan sekarang. Masih belum terlambat untuk kita mengubahnya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (Surah Ar-Ra'd,11)

~Jiwa Yang Betul-Betul Merdeka Sahaja Mampu Membebeaskan Nadi Ummah~