Assalamualaikum....
Mst korang pernah dgr cite ni kn~~~
So bce la, hihihi
Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke
luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di
rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau
sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.
Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu
berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan
dengan anaknya (pemuda itu).
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh
menjawab pertanyaan2 saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan
menjawab pertanyaan2 anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah
menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi
tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu
ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3)
Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat
drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg
sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara
tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda
marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?
Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah...
Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga
pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2
wujud?
Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!
Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit
itu!
Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu
menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat
merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan
sakit itu.
Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.
Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam
dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.
Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh
saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan
menerima tamparan drpd saya pada hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.
Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2
kiyai itu.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar
anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya
tadi?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka.
Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika
Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk
syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.
Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak
tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg
dikatakan oleh kiyai tersebut.
No comments:
Post a Comment