Saturday, May 18

Jom BERSIHkan hAti kita~~

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati :



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah
jadikan hatiku bersih” 

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan. 

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X. 

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan. 

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah “Aku sebenarnya,(perkara yang elok-elok belaka) 

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!). 

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan. 

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 

10. Kekalkan wuduk. 

11. Bersedekah. 

12. Belanja orang makan. 

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat. 

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 

16. Pesan pada orang, jadi baik. 

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut, dsb), jangan dengar
orang mengumpat.

Ayuh sahabat2, jom kita BERSIHkan hati kita agr SUCI :)
Bru senang nak dpt REDHA Allah

Saturday, May 11

BOLEHKAH berCOUPLE???

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, akhirnya aq telah selesai membedah satu buku tebalnya leh tahan gak la (169m/s) yg agk menarik tuk dkongsikn bersama sahabat.....

YA!!!!! BOLEHkah berCOUPLE????

Hmm, kalo nk tau lbih lanjut beli la buku nye...

So, actually buku ni bkn nye mngalakkn kite tuk berCOUPLE tp ia adalah panduan dan hukum dlm interaksi hubungan antara muslimin dan muslimat khususnya buat pasangan yg hangat bercinta.

Baiklah, disini insyaAllah aq akn menyipulkan ape yg aq dpt dr buku ni.

1-Bercinta tidak salah TETAPI ramai yang menyalahgunakan makna sesebuah percintaan untuk melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak.

2-Dating dalam gambaran yang mudah difahami hari ini merupakan amalan yang BERTENTANGAN dengan hukum Islam. Hukumnya adalah haram dan berdosa.

3-Pertemuan yang MENJAGA adab dan hukum, maka itu adalah harus.

4-Cinta Allah dan cinta Rasul mestilah MENGATASI rasa cinta kepada makhluk. Dengan ini, cinta kepada makhluk akan disalurkan dalam perkara yang dibenarkan oleh hukum syarak.

5-Pandangan MATA hendaklah dijaga agar tidak melihat perkara yang haram. Manakala pakaian mestilah SENTIASA sopan dan menutup aurat.

6-Khalwat ialah perbuatan seorang lelaki bersama wanita ditempat yang trsembunyi daripada pandangan orang lain. Ini SANGAT ditegah. Khalwat adalah ruang dan peluang untuk zina.

7-Pintu taubat sentiasa TERBUKA dan masih terbuka walaupun kita banyak melakukan maksiat kepada Allah SWT.

8-Andai terlanjur, segeralah MENGINSAFI diri dan kembali bertaubat.

9-Usah terlalu lama bercinta, eloknya SEGERA bernikah.
(Utk yg ni, ana teringat formula rukun nikah SISWA, hihihihi)

10-Nikah adalah mudah dalam Islam. Sewajarnya masyarakat dan undang-undang mempermudahkan sistem pernikahan sebagai satu kaedah MENGELAKKAN zina. Hari ini, nampaknya nikah dirumitkan sehingga berzina makin mudah.

11-Zina akan TERSEBAR pada akhir zaman, dan kini zina makin tersebar. Pelbagai cara digunakan untuk menghalalkan zina. Akhirnya, minda masyarakat termasuk masyarakat Muslim akan berpendapat bahawa zina tidaklah haram.

12-Istilah-istilah teman rapat, close friend, teman tapi mesra dan sebagainya adalah permainan bahasa yang MEMUDAHKAN jalan kearah zina.

13-Anak luar nikah tidak bersalah. Anak ini hendaklah DIPELIHARA dengan baik, bukannya dibuang begitu sahaja.


#Rukun NIKAH#
S-Suami
I-Isteri
S-Saksi (2org)
W-Wali
A-Akad

So,buku ni bkn menggalakkn sahabat2 tuk berCOUPLE tp sbgai panduan kite sume ;)

Friday, May 10

SURAT CINTA untuk JIWA

Bukannya rahsia....

Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dari-Nya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa
senang jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan
kelelahan kerana perkara yang dilakukan
tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk rohku dan
roh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapan-Nya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di jalan-Mu "

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku...Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".


Thursday, May 9

AiR mATa TauBAT

BismillahirRahmaniRahim
Assalamualaikum Warah Matuallahi Wabarakatuh..

"......dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
( Surah An-Nur: Ayat 31)

Masih ada ruangkah untuk aku bertaubat?
Air mata itu masin di lidah, berat di mata. Namun air mata taubat, air mata merindukan Tuhan, berat nilainya pada akhirat nanti.

Rasulullah SAW bersabda: “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya;
1) Seorang pemimpin yang adil.
2) Seorang pemuda yang tumbuh dalam (ketaatan) beribadah kepada Allah Ta’ala
3) Seorang lelaki yang hatinya bergantung di masjid.
4) Dua orang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya.
5) Seorang lelaki yang diajak oleh sorang perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina) akan tetapi dia mengatakan, ‘Sungguh aku takut kepada Allah’
6) Seorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sampai tangai kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya
7) Seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalir air mata (menangis) (HR. Bukhari [629] dan Muslim [10311]).

Air mata tidak menunjukkan kita lemah...
crying doesn’t indicate that you’re weak. Since birth it has always been a sign og survival.
Allah dengar rintihan hambaNya...dia tidak pernah meninggalkan kita.

Sesorang yang bergelumang dengan dosa, berenang di dalam lumpur yang kotor dan jijik, tatkala setitis air mata taubat membasahai pipi, pada saat itu, rahmat Allah terbuka luas untuknya.

Sesungguhnya manusia itu bersifat ‘nasyan’ (pelupa). Manusia selalu berbuat dosa. Tetapi Allah menyediakan sesuatu bernama taubat.

Menyediakan panduan hidup bernama al-Qur’an, kerana Allah lebih mengetahui hamba-hambaNya dan membuka jalan bagi menghapus dosa-dosa mereka.

Bertaubatlah bersungguh-sungguh tatkala kamu merasakan Allah sedang menegurmu. Ia memerlukan penyesalan dan berjanjilah pada diri sendiri untuk tidak mengulanginya lagi. Kemudian, istiqamah dan tsabatkan diri.

Mengapa diturun ujian seberat ini?
Tatkala dugaan datang satu persatu, dan dunia rasa seperti bermusuhan denganmu, air mata turun menangisi nasib.

Kamu mengeluh dan mengeluh. Allah tahu.

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah” (QS. Al-Ma’arij 70: 19-20)

La tahzan (usah sedih). Allah tidak pernah melupakanmu. Sesungguhnya, Dia lebih dekat daripada urat lehermu.
“Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (QS. Qaf 50: 16)

Menangislah dan bersedihlah seketika. Kemudian bangkitlah dari kesedihanmu itu. Insya Allah kamu kuat dan mampu hadapi ujian itu.

Uijan dan masalah tidak akan pernah lari dari hidup kita. Ia sebuah filter Allah untuk menguji sejauh mana kita akan cintakan DIA. Ketahuilah ujian itu tidak sia-sia. Ia membuatkan manusia yang lupa untuk mendekatkan diri lagi dengan Rabbnya.

Menangis itu bukan aku...
Tidak mengerti apakan itu menangis? Jarang-jarang menangis? Tidak “cool” lah untuk menangis?
Tatkala membaca ayat-ayat Qur’an, belajarlah menangis. Pada ayat-ayat azab, ayat-ayat menyembah kepada Allah, ayat-ayat bersyukur, jiwai dan rasailah setiap keadaan-keadaan itu. Tatkala membaca ayat-ayat syurga, berharaplah dan tanamlah niat untuk berusaha menjadi ahli-ahli syurga. Pada ayat-ayat berkisahkan neraka, berkisahkan orang-orang dahulu yang diazab Allah, tanamkanlah rasa takut, muhasabah diri. Bacalah al-Qur’an dengan hati bagi membentuk hati-hati taqwa.

Sedangkan sahabat-sahabat sendiri yang tidak pernah membuat dosa, menangis teresak-esak tatkala menyerah diri kepada Allah pada malam hari, Baginda menjawab, “Apakah aku tidak perlu bersyukur?”
Air mata bukan sekadar jatuh dan hilang..Ia permata di sisi Allah.

Wallahua’lam..

Wednesday, May 8

3 Pertanyaan dijawab dengan 1 Tamparan!!!


Assalamualaikum....
Mst korang pernah dgr cite ni kn~~~
So bce la, hihihi


Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.

Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?

Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?

Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!

Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.

Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.

Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.

Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.

Tuesday, May 7

Bercinta hingga ke SYURGA

Assalamualaikum.....
Kali ni kite lyn kisah pendek lak, tp bermakna n terkesan d hati...
Teringin sgt mcm ni, insyaAllah :)




Adam : Assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca alQuran,sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis..kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Hawa : Walaikumsalam...orang merajuk... :'(

Adam : Laa...kenapa ni??

Hawa : Semalam abang ponteng tahajjud!! sayang call kejut abang tak jawab.. :'(

Adam: Astagfirullahal'azim..abang penat + malas semalam...

Hawa : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2..

Adam : Hmm..betullah tu..abang mintak maaf.. :'(

Hawa: Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal..bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah..macam mana kita nak jumpa?sayang tak mahu berpisah dengan abang..abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Adam : (mengalir air mata)..semoga ALLAH ampunkan abang...malam ni abg tak malas2 lagi..


Monday, May 6

Kisah Penjual Tempe

Assalmualaikum....
Kali ni aq mau bkongsi cerita lak...
Alkisahnye bermula begini....

Di kawasan pedalaman tanah Jawa, terdapat seorang wanita bernama Jumilah. 
Jumilah adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan tempe. 
Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang menjadi di pasar. 

Pada suatu hari, seperti biasa Jumilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jumilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi lagi dan tidak boleh dijual lagi. 

Jumilah kebingungan, tidak keruan apa yang patut dilakukan. 

Maka Jumilah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu. 

Setelah selesai berdoa, Jumilah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi. 

Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi. 

Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. 

Jumilah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut. 

Jumilah tidak putus-putus berdoa agar tempe-tempenya menjadi apabila sampai di pasar nanti. 

Sampai sahaja dipasar, Jumilah melihat tempe-tempe yang dijual oleh rakan-rakan penjual tempe yang lain hampir habis. 

Jumilah tanpa lengah-lengah lagi berkemas-kemas membuka gerai dan dengan perasaan berdebar-debar memeriksa tempe-tempenya samada sudah menjadi atau tidak. 

Ternyata seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih lagi belum menjadi. 

Jumilah terduduk kesedihan dan memanjatkan doa pada Tuhan, "Ya Tuhanku, berilah jalan penyelesaian terbaik terhadap tempe-tempeku yang belum menjadi ini..." 

Tiba-tiba terdengar seorang wanita memberi salam, "Assalamuailaikum... awak ada jual tempe yang belum menjadi tak?". 

Terkejut besar Jumilah bercampur kehairanan apabila wanita tersebut ingin membeli tempe yang belum menjadi. 

"Waalaikumussalam... errmmm... ada, sekejap ya," jawab Jumilah sambil mengeluarkan tempe-tempenya daripada bakul. 

Jumilah berdoa di dalam hati, "Ya Tuhanku, jika Engkau telah menjadikan tempe-tempeku ini menjadi maka kembalikan tempe-tempeku seperti sediakala supaya aku boleh menjualnya kepada wanita tersebut". 

Jumilah seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih belum menjadi. 

Alangkah gembiranya hati seakan-akan seluruh alam turut merasai betapa syukurnya Jumilah dan lalu bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa awak mahu beli tempe yang belum menjadi ini?". 

Wanita tersebut menjawab, "Saya mahu hantar tempe ini kepada anak saya yang berada di England, jadi apabila tempe-tempe ini sampai di sana, barulah cukup-cukup menjadi... baru ada umphhhh!!!" 

Tamat.



Sahabat-sabahatku sekalian... belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah s.w.t itulah yang Maha Mengetahui. 

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t.


Manusia Yang Pernah Ku BENCI dulu, Kini Ku MENYAYANGINYA

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan....
Salam Kerinduan khas tuk Para Ulamak :)

Manusia ini pernah aku benci dlu beserta seluruh rakyatnye. 
Manusia ini pernah aku kutuk n fitnah dia mcm2. 
Manusia ini pernah aku pertikaikn. 
Manusia ini juga merupakan musuh aku pd zman kajahilan aku.
 Manusia ni juga yg aku ktakan sesat. Manusia ini juga yg aku kata taksub pd agama.
Manusia yg aku mksudkan adalah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

TETAPI,
Setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui apa perjuangan PAS dan matlamat hidup ini. Aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini. Semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama' yang kusanjungi kini.

Setelah bebas drpda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya. Walaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jemaah yang hadir membanjirinya. 

Kelantan sebuah ikon negeri Islam. Kaya dengan majlis2 ilmu, ramai 'ulama dilahirkan di sana, dan 'ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.

"Ya Allah Engkau ketemukan Aku dengan HamabaMu (TGNA) yg paling ku sanjungi ini, 
perkenankanlah doa hambaMu ini,
Ya Allah, Ya Rahman, panjangkanlah umur beliau agar Aku dapat bertemu dengan beliau."

~Aku teringin sangat tuk bertemu dengan Ulamak ni~
~Aku rindu sangat dengan Ulamak ni~


~Mengalir air mata ku disaat ku menonton video ini, sungguh ku terharu~




Thursday, May 2

Doa Mengelak Sifat MALAS dan PENGECUT

Assalamualaikum.....
Salam mengundi, hihihi ;)



Huh lately ni aq asa mcm mls smacm je, mcm da x ley nk istiqamah dlm wat sesuatu pkara :(
Da mcm si garfield tu da, hihihi....
So, kt cni aq nk share ckit la doa tuk menghakis sifat tu sume...
Selamat beramal :)


Ni doanya ;


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَمِّ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا. 

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.” (Riwayat Muslim no. 7081) 


(Petikan Doa, Zikir & Doa yang Didengari Allah, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)