Saturday, July 27

Pengorbanan Seorang Insan

Assalamualaikum n Salam Ramadhan.....

Rasanya lma gak aq x update blog ni, tp saat ni aq mau share bsama korag sume 1 slot yg aq n sahbt aq jlnkn smpena Kem Remaja Raikan Ramadan di kampus aq. Slot trsbut dberi tjuk "Muhasabah Diri". Dgr tjuk pn pd mulanya aq x tau nk bwk modul apa.

Berbincang bsama sahbt berstatus PLF kmi pn bwk modul "Pengorbanan Seorang Ibu".
1st time kmi dberi amanah tuk menjayakan slot begini. Agak nervous pd mulanya, tp dgn Kekuatan yg dihadirkan kpd kmi daripada Allah, alhamdulillah slot trsebut berjaya mnyentuh hti2 para pesrta trmasok fasi.
Bkn pgalaman yg aq ingin sharekn, tp inti pati slot ini....

Ini antara puisi yg aq bckn pd slot mlm tu;
Ibumu telah mengandungmu di dalam perutnya selama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahun,
Dia bersusah payah ketika melahirkanmu yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya,
Dia telah menyusuimu dari putingnya, dan dia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamu,
Dia cuci kotoranmu dengan tangan kirinya, dia utamakan dirimu ke atas dirinya serta atas makanannya,
Dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu,
Dia telah memberimu semua kebaikan dan apabila kamu sakit atau mengeluh tampak darinya kesusahan yang luar biasa dan panjang sekali kesedihannya dan dia keluarkan harta untuk membayar doktor yang mengubatimu,
Seandainya dipilih antara kehidupanmu dengan kematiannya dia akan meminta supaya kamu hidup! dengan suaranya yang paling keras.
Betapa banyak kebaikan ibu, sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik,
Dia selalu mendoakanmu dengan taufik, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan,
Tatkala ibumu memerlukanmu disaat dia sudah tua renta, engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga disisimu,
Engkau kenyang dalam keadaan dia lapar,
Engkau puas dalam keadaan dia haus,
Engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia perbuat,
Berat rasanya atasmu memeliharanya padahal itu adalah urusan yang mudah,
Engkau kira ibumu ada disisimu umurnya panjang, padahal umurnya pendek.
Engkau tinggalkan padahal dia tidak punya penolong selainmu

Padahal Allah telah melarangmu berkata "Ah!" dan Allah telah mencelamu dengan celaan yang lembut,
Engkau akan disiksa di dunia dengan durhakanya anak-anakmu kepadamu,
Allah akan membalas di akhirat dengan dijauhkanmu dari Allah Rabbul Álamin.
(Akan dikatakan kepadanya)
"Yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tanganmu dahulu, dan sesungguhnya Allah sekali-kali tidak pernah berbuat zalim kepada hamba-hambaNya"- Surah Al-Hajj: 10)



Saudara-saudaraku seagama yang hatinya tetap menginginkan kasih sayang Allah, adakah kita telah benar-benar menggembirakan ibubapa kita? Atau kita lebih banyak mendukacitakan mereka?

Adakah kita lebih banyak bertanya khabar kepada mereka, atau kita lebih banyak bertanya khabar rakan-rakan kita?

Adakah kita lebih banyak menelefon mereka, atau mereka lebih banyak menelefon kita?

Adakah kita lebih gembira bersama ibubapa atau kita lebih gembira dengan rakan-rakan kita?

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, keredhaan Allah itu letaknya pada keredhaan ibubapa, ianya disebutkan didalam sebuah hadis yang bermaksud:


"Redha Allah tergantung kepada keredhaan ibubapa dan murka Allah tergantung kepada kemurkaan ibubapa" (HR Bukhari di dalam Adabul Mufrad -Sahih)


Semoga kita menjadi anak yang soleh, dan mendapat keredhaan ibubapa kita, dan seterusnya mendapat keredhaan Allah swt. Apakah yang lebih menggembirakan bagi seorang mukmin melainkan dia redha kepada Allah, dan Allah redha kepadanya, lalu dia dimasukkan ke dalam SyurgaNya di akhirat kelak, seperti firmanNya yang bermaksud,


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaKu" 
(Surah Al-Fajr: 27-30)


Hayatilah lirik lagu ni....
Amat mndalam liriknye :)

Ibu, umi, emak, mama, bonda dan sebagainya...
Sayangilah mereka selagi mereka ada untuk kita.
Syurga itu terletak dibawah kaki ibu.

2 comments: