Wednesday, May 30

Tanda-Tanda Taubat Diterima

Assalamualaikum~
May Allah Bless You~

Info ni sye dpt dri buku yg sye tlah bce iaitu " Bertaubat! Nak Tunggu Sampai Bila..." Menarik gk isi yg diuraikn dlm bku nie, sbg pedomn kite serta peringatn utk diri kte.
Sje je nk share ngan kwn2, kite ni x ley kdekut ilmu...


Antare tanda2 taubat yg dtrime Allah ialah:-

~ Di dalam hati tidak ada perasaan dengki walau sedikitpun. Hati mereka lembut, mudah menerima nasihat walaupun dari hamba sahaya. Di hati mereka sering timbul perasaan belas kasihan terutama dengan anak-anak yatim dan fakir miskin.

~ Mereka tidak mahu bertemu dengan orang yang bersifat mazmumah sebaliknya mereka lebih selesa bertemu dengan orang2 yang alim.

~ Mereka dapat menahan lidah mereka bercakap berlebih-lebihan, tidak terjebak di dalam kerja umpat-mengumpat, mngadu-domba, berdusta dan mengeluarkan perkataan kotor.

~ Lidah mereka dibasahi dengan zikir, membaca al-Quran, beristighfar, menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat.

~ Mereka sentiasa ditunjukkan jalan keluar daripada setiap kesulitan. Mereka merasa tenang dan tenteram dalam menghadapi cabaran Allah.

~ Mereka sentiasa merasa kemanisan imandan sangat benci kepada yang mungkar, sering terdorong kepada jihad untuk menegakkan hukum-hukum Allah.




No comments:

Post a Comment