Saturday, February 14

Murobbiku, AlMarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kesedihan ni belum pulih lagi... T_T
Allahurobbi... Kuatkan daku Ya Allah....

Disebabkan daku terlalu rindu dengan Murobbi ni, aku sematkan Biodata Almarhum dlm blog daku.




Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


Sebak aku melihat foto2 orang Murobbi ni T_T


Hilang Permata ISLAM untuk Ummah


"Tok guru Nik Abdul Aziz telah disahkan meninggal dunia jam 9.45 mlm tadi..sungguh aku merasa kehilangan seorang ulama' yang sangat aku kagumi..x sangka secepat ini..Allah..
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب اﻷبيض من الدنس برحمتك يا أرحم الراحمين"

Luluh hati aku pabila mndapt berita tntang kepergian Beliau. Allah... T_T Terkedu seketika n usrah ku bersama adk2 berhenti seketika.Terbayang2 wajah Almarhum ketika itu difikiran ku. 

Terpacul dari mulut ku dan sahabat, "jom kita pederas p kelantan...." Tanpa berfikir pnjng kmi bersiap dan mncri lg sbuah kereta tuk pergi kesana. Alhamdulillah, Allah permudahkn urusan kami, kami pergi 2 buah kereta dgn kekuatan 8 org.  

Tepat jam 12.00pg, kmi bertolak dari Bumi Polimas, aq dan sahabat (Atif Lufti) memulakan perjalanan sehungga tiba ke RnR Batu, Gerik dan sambung pula hingga tiba di RnR Stiawangsa. Kemudian kami bertukar driver sehingga la tiba di sebuah masjid di Jeli utk Solat Suboh. Cuaca pd pg tersebut amt dingin seperti alam merasai kesedihan kehilngan seorang Ulama Besar. Selesai Solat Suboh berjemaah, kami meneruskan perjalan ke Kota Bharu dan tiba di Kampung Pulau Melaka tepat 8.45 pagi. Kami melihat org ramai telah membanjiri jln masuk hingga ke perkarangan Masjid Tok Guru. Allah.... sungguh hiba hati ni ketika sampai disana T_T...

Masih aku igt lagi yg aku ingin sangat berjumpa dgn beliau... seperti yg pernah aku nukil kn sblom ni, http://syedsyahidcitacitaku.blogspot.com/2013/05/manusia-yang-pernah-ku-benci-dulu-kini.html

Allah.... hati ni tidak lagi menahan sebak....

Lg2 beliau pergi pd hari yg mulia... 
Tarikhnya sama tarikh dgn syahidnya Imam Hassan Al Banna..

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)


Semua rakyat amat sayang akan beliau, wahai Murobbi kami...
Sekitar gambaran Majlis Pengebumian AlMarhum Tuan Guru di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka..






Kata2 sahabatku (Akhi Iwan) 
"Pernah sembang dgn sahabat.. masa tok guru ada lagi.. kita kene rancang untuk pergi jupa tok guru.. nk mintak doa kat tok guru.. Alhamdulillah dpt dh jupa..tp bkn untuk mintak doa dari beliau..tp kami dtg utk solatkan jenazah beliau.."


Sukar utk digambar
Payah utk ditafsir
Tatkala melihat dinding muka buku dipenuhi bait coretan demi coretan tentang mu..
Sosok yg selama ini dikeji
Difitnah penduduk bumi
Kini telah selamat pulang ke pangkuan Ilahi
Sudah selesai tugasnya disini
Sudah bergembira bersama Rabb nya

Kita telah kehilangan bapa
Kita telah kehilangan Murabbi
Seorang demi seorang dijemput pergi..

Saat ini 
Rasa rindu telah menggunung di hati buatmu
Tangis ini sudah tidak bisa ditahan-2..

Allah
Allah
Allah





Kepimpinan mu...kami kagumi
Kemesraan mu...kami rasai
Senyum mu...manis sekali
Duka mu...kami fahami
Kata-kata mu...sumber inspirasi
Keperibadian mu...kami contohi
Kasih sayangmu...penuh berisi
Kesakitan mu...meruntun hati
Pemergian mu...kami tangisi
dan Kemuliaan mu...tiada terperi

Mungkin tiada apa yang dapat ku sumbangkan buat beliau...selain bingkisan video buat anak-anak ku, generasi ku yang akan datang...agar mereka kenal seorang yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan sentiasa kami rindui...


Pesanan Terakhir Almarhum...









Al-Fatihah....

#AKUSANGATMERINDUIMU....
#ALLAHUAKBAR!!
#MENANGKAN ISLAM