Thursday, April 25

Carilah Jalan Kembali

Assalamualaikum....
Salam rindu, salam sayang....
Uhibbukum fillah :)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35



Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan. 

Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah. 

Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah. 

Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga. 

Roh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad. 

Maka roh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan. 

Untuk mencapai kepuasan roh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali. 

Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Tuhan. 

Jiwa yang tak terisi dengan roh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keduniaan. Hakikatnya dunia itu takkan habis dikejar. 

Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan material. 

Makin kita punya pangkat, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai. 

Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan. 

Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman. 

Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah. 

Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada Allah. 

Biar jasadmu keluar mencari anugerah Allah di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi. 

Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan. 

Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya. 

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." - Az-Zumar: 54 



Allah telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari-Nya. 

Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada-Nya. 

Atau mungkin kita sering berusaha kembali, namun dunia tetap memesongkan kita dan lebih menarik hati kita. 

Maka kita tak jadi kembali. 

Kita berputus asa dan tak mahu lagi mencuba untuk kembali, padahal Allah tak pernah jemu menunggu kita menyeru melainkan kita sendiri yang jemu untuk meminta dan meniti jalan menuju-Nya. 

Ingat, jangan berputus asa daripada Rahmat Allah: 

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53 

Wahai jiwa yang sentiasa menyesali diri, di ceruk manapun kau berada, apakah kau merasa bebas daripada pengawasan Allah? 

Dalam keadaan manapun kau berada, adakah kau merasakan Allah tidak mengetahui isi hatimu? Sombongnya engkau tatkala kau pergi memalingkan wajahmu daripada Ilahi. 

Sedangkan Dia tak pernah menutup pintu taubat bagimu. 

Maka wahai manusia, kembalilah kepada Tuhanmu. Jika kau tak temui jalan, carilah... Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.


Thursday, April 4

perihal MaNuSia BerCINtA

Assalamulaikum...
Kalo x jwb dosa, kalo jawab tandanya sayang. Hihihi

Kali ni aq mau share tntng tjuk yg berkenaan " PERIHAL MANUSIA BERCINTA".
Artikel ni aq share kn dari  sebuah komik "USTAZ AZHAR IDRUS LIVE"



~Buat SOLAT ISTIKHARAH, itu adalah lebih baik. Bila hati terasa lapang, itu tanda JODOH yang BAIK dan SEBALIKNYA~

~Pemuda SOLEH digalakkan kahwin dwngan wanita TAK SOLEHAH untuk tujuan DAKWAH. Wanita SOLEHAH TAK DIGALAKKAN kahwin dengan pemuda TAK SOLEH kerana ditakuti HILANG SOLEHAHnya...~

~Luahkan perasaan nak kahwin pada wanita berkenan boleh, tapi SEBAIK-BAIKnya dihadapan ORANG TUANYA.~

~HARAM buat menantu orang yang TIDAK SOLAT, walaupun sah nikahnya. Bukankah TIDAK SOLAT itu, BERDOSA BESAR?? Tak SOLAT 1 Waktu, 6 RIBU TAHUN diSEKSA dalam Neraka.~

~Perkahwinan paling BERKA, yang paling MURAH MAS KAHWIN dan paling MURAH BELANJA. Berjimat...~

~RM10 ribu belanja MAS KAHWIN untuk wanita yang RETI BELAKA, SERBA-SERBI RETI FASAL AGAMA :)


~~YANG DAH COUPLE TAPI AKHIRNYA BERNIKAH JUA, WAJIB MELAKUKAN TAUBAT KERANA DOSA-DOSA BERCOUPLU DULU-DULU~~

~Yang berkenan kerana atas rekomen, sepatotnya pergi lihat dulu perempuan itu, baru kahwin. MAKRUH tak tengok dulu~

~Yang sudah bertunang, nak bawa jalan-jalan memang boleh, TAPI kena bawa AYAH dia sekali.~

~Dah berkenan dengan seseorang, pergi ke rumah, MERISIK dan bertanya secara JUJUR dan IKHLAS. NYATAKAN HASRAT nak KAHWIN~

~HUKUM BERCINTA SEBELUM KAHWIN ADALAH HARAM, KERANA BUKAN DARI SUNNAH NABI SAW~


Cinta Kasih, nak Bergolak adalah Selepas NIKAH..... ITU BARU SYOKKKKK!

Tuesday, April 2

Siapa QARIN????

Assalamualaikum :)
Senyum lah wahai sahabat :)

Kali ni, aq mau berkongsi sedikit ilmu pada sahabat sume....

Siapakah Qarin ?



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia..