Tuesday, January 15

Ambillah waktu

Assalamualaikum...
Salam ceria, Salam Sayang ;)



~Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
~Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
~Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
~Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
~Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah.
~Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan yang menuju kebahagiaan.
~Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
~Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup terasa bererti.
~Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
~Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.





#Saathatigundahgelisahsertafikiranyangserabut#

Kumemerlukansokongan&pertolonganMuwahaiSangPencipta

Thursday, January 3

Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah


Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
"Adakah kamu menyangkabahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu? ) dan kamu (menyagka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? " ( Al-Mu'minun:115)

Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya.



Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Ukhwah, Salam Cinta ;)

Alhamdulillah kita tlah pun masuk tahun baru masihi, so dgn tahun baru ini, marilah kita membina azam yg bau agr kehidupan kita pd thun ini akn berjaya disamping mndapat keredhaan Allah. Aq tlah memilh tjuk "Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah" adalah krana Aq sndiri tlah bnyk memikul tnggungjawab yg diamanahkn kpd aq.

Kita sbg hamba Allah dmuka bumi ini, mmg tdk akan terlepas drpd memikul amanah n tanggungjawab yang dberikn kpd kita. Kita prlu ingt bahawa setiap manusia yg diciptakan di muka bumi Allah ini ada tugas n tanggungjawab yg prlu dpikul. Aq sndiri tlah merasai situasi ini sekarang, dmana ana tlah damanahkan dlm beberapa organisasi d kampus aq sndiri. Aq trima n pikul sume tnggungjawab ini sume gan redha, aq yakin jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kita :) Seperti yang telah difirmankan oleh Allah yg bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad:7)

Aq tahu, msti sahabat2 akn memikirkn bagaimana mau mmbahagikn masa study gan mase tuk lakukan sume tugas2 yg tlah dberikan kpd kita kn..... Bg aq kita perlu mrncang sume jadual waktu kita gan baik, agr tidak akn berlaku kecelaruan dalam mas dan tugas. Aq tahu, mmg susa bg kita sbg seorng student utk melakukan ini sume, tp dr cinilah kita belajar tuk memegang amanah yg telah damanahkan kpd kita. Ia juga memberi kita pengalamn agr pabila kita brada diluar, kita boleh berdepan gan cabaran n dugaan yg bkl kita tempuhi.



Allah pernah berfirman,

Maksudnya :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (Al-Baqarah:30)

Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa.Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang sempurna.

2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama Allah serta ajaran Allah SWT.

3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran.

Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)

Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas dan menyeluruh dan dapat memberi kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang faham akan tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab.

4. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:

i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.

ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.

5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)

Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah. Seterusnya ia mestilah kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali kepada beriman dan beramal soleh. Oleh itu ana mau bpsan kpd sahabat2 agr tidk mngeluh n merungut gan sume amanah n tanggungjawab yg telah dberikan kpd kita. InsyaAllah segala urusan yg kita lakukan akan mndapat keredhaan Allah :)